Chapter 3 (dua jiwa yang meronta)

Renungan dan pandangan tajamnya melewati jendela, mencari-cari sinaran rembulan yang tidak kunjung tiba. Fikirannya melayang sejauh rumah yang ditinggalkan....
“adakah apa yang aku lakukan ini betul?”,
“patutkah aku menipu diri ini?”,
“menipu keluarga sendiri?”,
“adakah ini apa yang aku inginkan selama ini?”,
“entahlah, aku buntu... jawapan yang aku cari, masalah yang aku jumpa.”, hatinya dibiar melayang jauh memikirkan peristiwa silam....

Tiba-tiba......

“kau! Kau buat apa? ke mari sekejap, ada hal”,seorang senior, Ramli namanya.... dengan pantas menarik rakus tangan kurus Nazim setelah habis berbicara.
Belum sempat Nazim membuka mulutnya, sekali lagi arahan tiba.
“tolong basuh baju dengan seluar sekolah aku ni, esok aku ada kelas”, arah Ramli dengan muka selamba....
“kenapa saya yang kena?, bukan abang punya ke?”pertanyaan tersebut mengundang kemarahan si senior....

“habis tak boleh kau tolong basuh? Ini arahan” sambil menggenggam buku lima dan dengan  sengaja di cubanya ke pintu.... menunjukkan kekuatan.
“baik....!” balasnya dengan sedikit kegelisahan... masakan mahu dilawannya lelaki yang besarnya seperti gorilla tersebut. Tumbukannya pasti bisa menghilangkan selera makan, paling kurang satu dua batang gigi bersihnya melayang.
“bagus, mulai sekarang aku nk kau jadi ‘adik’ aku, faham?”, soal Karim megah, menampakkan dirinya sedikit marah untuk membalas pengalaman yang pernah dilalunya.
Nazim hanya menganguk sahaja kerana masih terasa getar suara karim di telinganya.

***
‘tuk!’,’tuk!’........... “bangun, bangun! Subuh! Subuh! “, kedengaran warden asrama mengejutkan semua insan di dalam asrama. kerana terkejut masing-masing membuka mata. Isinya memandang sesama mereka, masih tercari-cari serta masih hilang dalam mimpi, malah ada yang masih di ulit buaian mimpi si puteri, seketika tersenyum kemudian menjunamkan kembali kepala ke ‘kekasih’ penidur setia.

Nazim yang sudah biasa dengan keadaan tersebut tenang pergi mencuci muka, namun masih terasa penat kerana terpaksa membasuh baju yang bukan miliknya. Dihatinya, biarlah aku menjadi hamba dunia sedang mereka berlagak umpama raja.

Disertai do’a, air mengalir di tadahnya penuh khusyuk, Bismillah..... sahaja aku mengambil wudu’ kerana ALLAH Ta’ala, kemudian di kumurinya, disambungi ke muka, tangan , kepala, telinga dan kaki.....
Sebagai orang pertama sampai ke musalla, Ustaz memintanya melaungkan kalimah suci memanggil saantero muslimin muslimah. Di tekupnya telinga, dengan kalimah ALLAH, di laungnya penuh ikhlas tanpa banyak budi bicara,

ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR........

Laungan jelas dan lenggokan tertibnya meruntunkan hati semua pendengar, menimbulkan getaran, terpana dengan bukti ciptaan Tuhan.
Pendengar yang tiba, mencari-cari tuan empunya suara. Pelbagai persoalan, tanggapan hinggap di hati. Ada yang memuja dan ada yang memuji. Malah tak kurang juga, ada pula yang memerli... “nak menunjuk la tu”,......“boleh jadi calon suami ni”.... Karim yang mendengar, sepertinya tidak percaya. Manusia yang mencuci baju seluarnya, seorang yang tidak boleh dipandang hina, dia tertunduk malu.

Selesai solat subuh pertama mereka yang baru disitu, di imami Ustaz Ismail yang seterusnya melantik Nazim sebagai mua’zin musalla.
“terima kasih ustaz, tapi rasanya ramai lagi insan yang layak....”, ucapannya terhenti apabila Ustaz Ismail kemudian mencelah....
“terimalah, ustaz tau kamu layak.”
“terima kasih ustaz! Saya akan menjalankan tugas sebaiknya.....

***
Di dalam kelas, Nazim duduk keseorangan karena dia masih mahu memerhati rakan yang benar-benar boleh di jadikan teman. Kehadiran Nazim menggamit mata-mata nakal murid-murid perempuan, seperti membisikkan sesuatu....
“aku pasti dialah yang azan subuh tadi”, jelas Syikin dengan pasti tanggapannya itu...
“isk hang ni biaq betui, tak hensem pon”, Fatimah menyampuk perbualan....
“awat hang ni, tak baik kata kat orang lagu tu, hang tu lawa sangat ka Mah?”, sambil meniru loghat utara, Syikin mentelah kata-kata Fatimah.
“nak kata lawa tu dak la, manis ada.....”, semua pelajar disitu ketawa bersama....

Tanpa diduga, dalam hilaian tawa tersebut ada mata yang sempat menjeling ke arah Nazim... di dalam hatinya teringin mengetahui sedikit sebanyak tentang lelaki pendiam yang termenung tersebut.
Melihat gelagat pelajar-pelajar perempuan itu, Nazim tersenyum sambil memandang ke arah mata yang menjeling. Pelajar perempuan itu mengalihkan pandangan dengan perasaan malu bersilih ganti keliru.
“assalamualaikum....”, teguran tersebut mematikan senyuman Nazim
“Wa’alaikumsalam, saya Nazim...”balasnya...
“saya Alif, jiran sebelah awak”, sambil menunjuk di meja kiri Nazim...
“sedap suara awak azan subuh tadi?”, sambungnya.
“terima kasih, anugerah ALLAH”, Nazim membalas merendah diri, tidak mahu dipanjangkannya perbualan kerana takut dianggap riak..

Nazim memang seorang yang memilih bulu dalam berkawan kerana pesan ibunya, biarlah orang menganggap kita sombong asal jangan diri jadi seperti kacang lupakan kulit, apabila kawan mempengaruhi fikiran lupa asal-usul, hilang keluarga. Pesan ibunya dikunci ketat dalam kotak ingatannya.

***

Di sebuah sekolah berhampiran, Aurora bersungguh-sungguh mencari rakan. Berbekalkan rupa dan kepetahannya bertutur kata, mudah sahaja pelajar-pelajar yang dikehendaki dipengaruhi serta dijadikan orang bawahannya. Disamping pelajar-pelajar lama yang telah bersamanya, mereka bersama-sama menuju kesesatan. Air mata penyesalan langsung tidak kelihatan di wajahnya, tambahan pula mereka semua sekepala. kalau dulu, ponteng, merokok, kadang kala bergaduh adalah perkara yang biasa terjadi dalam kamus persekolahan... kini apakah pula rencana mereka.??

“Aurora,tak best la lepak sini, jom la keluar”, ajak KT yang pada asal namanya Khatijah.
“Kita nak peghi mana?”, jawabnya dalam bahasa Melayu yang seperti mat salleh bunyinya....
“Mana-mana jelah, sini dah la sunyi, tak da apa-apa plak tu”, sambung KT mengenai sekolah yang telah lama sunyi kerana semua muridnya telah masuk ke kelas.
“kita gi lepak tasik je la, tak pun lepak kat mall je?”, cadangan Rini yang sedari tadi memikir jalan. ..
“ok jugak tu, alang-alang ponteng baik lepak jauh-jauh” balas Aurora mempersetujui cadangan Rini.
“jom tukar baju dulu, nanti kantoi pulak”, giliran KT mencelah....
Selesai sudah upacara, kini giliran mencari lubang untuk melepaskan diri... pagar dawai yang sedia dilubangkan menjadi tempat pelajar melepaskan diri. Pergilah mereka berempat bersama rakan baru, Alisya dengan senang hatinya…

Sampai ke tasik, mereka bersenda gurau. Sedang mata diperhatikan beberapa pemuda yang entah apalah pekerjaan mereka. Kemudian…. ‘phewitttt’! lagak seorang pemuda tanpa ada rasa malunya….
“Buat tak tau aje”, kata KT …
“Jual mahal sikit”, jawab Rini selamba…
“dia dtg la...!”, kata Alisya
“hai ! saya Dollah... orang panggil Pak Lah, ensem macam timbalan menteri tak... ”, ketawa si pemuda lepas mengenalkan dirinya sambil menayang gigi yang tah bila kali terakhir di gosoknya....

“ada sesiapa tanya?”, balas Aurora....
“amboi ! garangnya cik adik manis ni...muka lawa, tapi sombong pula.”, sambung si pemuda memerli si jelita....
“abis! Ada masalah ?”, balas Rini dgn garangnya...
“tak ada, cuma sayang la..hehe”, si pemuda memblas dengan beraninya,,,...
“kau ni tak ada kerja?”, sampuk Alisya...
“nak buat apa kerja, mak bapak kaya....”,
“yela kaya, moto cabuk je”,
“wayang je tu, tengok wallet la...”, sambil menayang wang yg berkepok di walletnya...
Dengan teruja, mereka berempat terperanjat... mana tidaknya, wangnya hampir RM400.00 terselit begitu sahaja...diajak si lelaki bergembira, makan2 dan nyanyi2 bersama... akhirnya pergilah mereka lalai dengan alunan dan buaian dunia...

Muhammad Islam....

suatu hari di KLCC

abg aku ni ajak gi amik moto je sbenanya....
aku la gatal ajak dia ...


kringggg... kringggg
Futura Engins : Hello, Assalamu'alaikum...
Abg Z : wa'alaikumsalam,,,,....Hang Free dak sok?
Futura Engins: Knp, ada nak gi ambik gamba kt mana2 ka?
Abg Z : Aku nak p ambik moto kt Jalan Duta.... Hang nak p ambik gamba kt mana?
Futura Engins : Jalan2 la kt mana, ad situasi best, snap jela...boring ni..
Abg Z : tgk la sok, kita p KLCC...ok?
Futura Engins : Orait, tarbaekkk....


so ni lah hasilnya....







xbnyk yg aku dpt ambik ... sbb kdg2 aku pkai bro akunya DSLR tu.
pas snap few pict. kt sana, kami gi plak jalan2 masjid jamek, sogo pastu naik cab terus gi Hentian Duta.. balik makan nasi, pastu dua2 dgn haluan berbeza... 
apa2 pun, sangat2 trima kasih to my brother-in-law koz bwk jln2 n blanja mkn.... may ALLAH bless u 

chapter 2 (percikan sejarah)

Keindahan muka buminya amatlah menggamit jiwa, setiap yang memandang pasti akan terpesona.... itulah muka bumi Utah, yang terkenal dengan Bear Lake, Amerika Timur. Di sinilah berlakunya fenomena yang mempersonakan. Kejadian Aurora, atau awan magis yang terbentuk hasil lagaan dua kutuban berbeda.

Disinilah juga tempat dua insan berlainan jiwa dan berlawanan jantina bertentang mata. Di atas kanu itu masing-masing mensyukuri keindahan dan ketenangan yang terjadi....
Dua belas tahun berlalu selepas kejadian romantis itu... pasangan itu kembali dengan membawa pengalaman serta hasil perkongsian hidup mereka....

“di sinilah Papa berbulan madu dengan mama dulu”, terang Zulkarnain Yong kepada puterinya... “mama kau tu, Puan Fatimah Ayob, memang suka sangat tempat ni”... “Papa bawa mama dayung kanu dalam tasik tu” sambil dihalakan telunjuknya ke tasik Bear lake yang permai, saujana mata memandang...
Air yang biru di tambah udara yang nyaman... sambil terpegun dengan keindahan yang dilihatnya, namun mukanya selamba....

“mama kamu takut abis naik kanu tu, macam nak terbalik kanu tu mama kamu meronta, puas papa pujuk, kalau tak, xda la kamu hari ini”, sambung Zulkarnain....
“Iysh abang ni, malu saya!” sambil tersenyum sipu karena malu.... sambil Zulkarnain ketawa bersama puteri kesayangannya...
“kamu nak tahu asal-usul nama kamu?” pinta Fatimah dengan nada teruja....
“dalam perjalanan pulang selepas berkanu tersebut, papa dan mama terpandang cahaya yang amat cantik terbit di awan, tidak pernah dilihat di Malaysia” terang mama...

“mama, papa, terdiam dan terpana dengan keindahan cahaya itu”,,, sambung papa...
“papa dan mama menceritakan perkara tersebut kepada penduduk di sebuah kedai di kawasan berhampiran....” Zulkarnain menambah....
“kata mereka, itulah Aurora”... mama mencelah....
“sejak itu mama teringin anak perempuan, hari-hari mama berdo’a... akhirnya termakbul jua, kamulah hasilnya”.....

“Selang beberapa hari peristiwa tersebut mama dan papa kemalangan di Packville, kereta kami terbalik demi mengelak lori yang membawa muatan berlebihan yang tiba-tiba terhoyong-hayang!! nyaris nyawa kami melayang... namun takdir masih menyayangi kami bila sepasang suami isteri Melayu seagama membantu menyelamatkan kami....”
“merekalah yang banyak membantu papa dan mama menjalani hari-hari, mereka juga mengajar ilmu akhirat kepada mama dan papa....” sambung Zulkarnain
“setahun selepas itu kamu membuka mata melihat dunia buat kali pertama”.... Fatimah membalas bersahaja...

“Kerana rasa terhitang budi dengan mereka, kami namakan kamu Aurora Farisha Yong” tambah ibunya....
“Aurora adalah sempena kejadian awan bercahaya yang indah yang kami saksikan, Farisha sempena nama anak mereka, Aina Farisya, dan Yong itu nama keluarga papa”. Sambung Zulkarnain....

Tersenyum penuh makna puteri mereka mengenangkan disebalik namanya tersergam indah memori suka duka perjalanan hidup mereka.... hampir menitis air mata yang seolah tiada langsung kemelayuannya, karena mengikut darah papanya seorang Cina Muslim.... sepet namun tetap menawan, putih gebu kulitnya umpama kulit langsat, dan kerana dibesarkan di bawah pengaruh cuaca serta budaya di sana, susuk tubuhnya tidak lagi seperti kanak-kanak seusianya di Malaysia, jauh memperlihatkan kematangannya.
Namun, takungan air mana yang tidak melimpah sekira airnya penuh... begitulah Aurora, perlahan-lahan air matanya menitis ke bahu insan tersayang yang dipeluknya....

“papa!mama! mulianya hati kamu berdua”.... itulah yang dapat dikeluarkan mengenangkan pengalaman ibu bapanya...
Zulkarnain dan Fatimah hanya mampu tersenyum sambil memeluk insan yang satu-satunya disayangi mereka itu.... masing-masing melahirkan rasa syukur sambil menitiskan air mata..
Fatimah sudah tidak dapat mengandung kerana pangkal rahimnya terpaksa dibuang selepas melahirkan Aurora, doktor menasihatkan Fatimah agar berbuat demikian kerana bimbang nyawanya terancam hasil kemalangan yang sedikit sebanyak mengganggu sistem peranakan beliau.

 “di mana mereka sekarang ma?”, soalan tersebut spontan keluar dari Aurora...
“tak pasti Aurora! Khabarnya merantau, kami sendiri belum pasti ke mana tujuan mereka..” balas ibunya...

***

Suasana hingar sedikit mengganggu kelas yang mahu bermula, mana tidaknya pergaduhan antara dua wanita, kecoh jadinya.... tarik sini, tolak sana, melayang itu , terbang ini... seolah kejadian itu tiada saksinya. Sedang yang menyaksikan bersorak gembira tanpa mahu melakaukan apa-apa.

“pang!” kedengaran dengan jelas apabila Aurora menampar kuat rakan sekelasnya, Elizabeth. Hampir tersungkur anak gadis mat salleh itu menerima penangan sulung gadis Melayu. Lagaknya seperti pendekar Melayu yang bila-bila sahaja bisa merobek tubuh musuhnya dengan keris... darah Melayu dlm dirinya membuak-buak. Aurora sekali lagi mahu membuktikan darah Melayunya sukar dicabar... di angkat tinggi telapak tangan kanannya.....

Kemudian.....

“STOP! You two...” guru kelas mereka, Madam Evarella dengan tegasnya...
“Both of you come to my office... NOWWWWW ! “ sambungnya keras...
“What was going on back there?”
“Aren’t both of you a good friend?” pertanyaan Madam Eva hanya singgah seketika, sedang mulut mereka mengomel memaki sumpah sesama.....

“PLEASE answer me, don’t make me like an idiot”, bentak Madam Eva yang hampir meluruhkan jantung sesiapa yang mendengarnya....
“She cheating on me”, kata Aurora...
“No! She’s the one who cannot take good care of her thing”.. balas Elizabeth...
“You plotting all this from the first I know him”, akhirnya terbukalah rahsia...
“’Him’, who’s him? you better tell me Aurora, Elizabeth?”... persoalan yang dari tadi membelenggu Madam Eva akhirnya terbuka pintunya....

“It’s nothing Mother”, tambah Aurora menyembunyikan ceritanya...
“Mikhail! “,tambah Elizabeth memulakan ceritanya...
“He told me that Aurora didn’t treat him nicely, so I as a friend just being nice with him”
“Is that a problem?” tambah Elizabeth, menambah kebencian Aurora pada gadis mat salleh itu...

“Aurora, do you have something to defend yourselves?”
“No mother”, tiada ungkapan yang mampu diucapnya kerana takut di ikutkan perasaan ....
“I would like to see both your parents tomorrow, I have something to discuss with them.”.. pinta Madam Eva.

***

Kerana malu dengan tindakan anak mereka, Aurora Farisha di hantar ke Malaysia bertemu nendanya yang tidak pernah selama ini menatap wajahnya apatah lagi menciumnya.... Aurora di tinggalkan demi mengajarnya erti kehidupan... kehidupan sebagai gadis Melayu, yang banyak adat resam, penuh tatasusila, kesopanan dan kesantunan serta kelembutan...

Berbekalkan keputusan kurang memuaskan setahun lalu dalam UPSR, Aurora hanya layak ke sekolah harian biasa yang terletak berhampiran rumah nendanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Asam.

Di sinilah bermulanya kisah Adam dan Hawa yang menjadi bualan penduduk sekelilingnya...

Bersambung....
written by : Muhammad IslamTM

AURORA (Chapter 1: Kembalikan)

"Nazim.... ! kenapa kotor sgt ni?" suara garang seorang ibu separuh abad yang telah 12 tahun menjaga pemuda tersebut..
"sudah la basuh pakai tangan, nak tanggalkan kotoran ni lagi .."
"kulit mak yg tanggal dulu, tak sayang mak ke?" marahnya si ibu pada pemudai tersebut...

si pemuda yang sedari tadi tidak berbaju di sirami air perigi yang amat dingin menusuk kalbu sedingin hatinya yang masih berderau dengan ungkapan pedas bonda tercinta....
sesekala linangan keinsafan meniti di bibir mata kecil yang tersentuh dek teguran bondanya!!
ditatap wajah bondanya penuh makna...

"ibu! maafkan Zim."
"Zim lalai, Zim tak sengaja"
"Zim nakal ! Zim terlalu ikutkan perasaan, lagipun kawan Zim yang mulakan dahulu."
"Zim janji tak akan buat lagi" ungkapan itulah yang ingin disampaikan si budak kepada ibunya, namun tiada siapa mendengar...

senja semakin melabuh tirainya, kelihatan kegeapan semakin menerpa bibiran ufuk barat yang masih kemerahan. 


"Ibu bukan sengaja nak marah Zim" penjelasan tersebut mematikan lamunan si pemuda yang sedari tadi melayang entah ke mana....
"Zim pun tau kan, di rumah ni Zim ketua rumah?" 
"Siapa lagi mahu mendidik adik-adik yang 3 orang tu kalau bukan Zim?" 
"kalau Zim tunjuk contoh tak baik, macam mana adik-adik ni?" pertanyaan itu terhenti...
namun sayang seorang insan bernama bonda mengatasi segalanya... luka di tangan dan muka di sapu ubat yang tersedia.... 
kesakitan di tangan dapat ditahannya, di hatinya hanya dia dan Yang Maha Esa yang arif menerka...
sesekali kedengaran Nazim meng'aduh', bukan kerana sakit di luaran tp kerana hatinya seolah-olah di duga...

dihati pemuda tercetus ikrar " aku harus MERDEKA sebagaimana merdekanya Malaysia" .... ikrar yang akan tersemat di hatinya buat berapa ketika sehingga.........

semasa perjalanan ke sekolah, si pemuda kelihatan tenang sedangkan hatinya tahu 'mereka' sedang menunggunya... 
siapakah 'mereka'?
kenapa 'mereka' begitu sungguh-sungguh menunggunya?

sampainya di pagar sekolah, jelingan dan lirikan mata-mata ganas memandang sambil di awasi beberapa pengawas yang sentiasa memberi peringatan...

tiba-tiba...

"tuk!" balingan tepat singgah ke kepala...
gumpalan kertas yang sengaja di lempar di iringi amaran supaya kertas tersebut di ambil...
Nazim yang faham amaran itu dengan terpaksa mengambilnya... 

tulisan berbunyi "jumpa di luar selepas kelas".... sudah di agaknya begitu...
hatinya semakin resah menunggu masa... jam di dinding sudah berapa kali dilihatnya..

kemudian ... "kringggggggggggggggg!" menandakan bunyi yang semahunya tidak kesampaian...
dalam keresahan Nazim berjalan penuh longlai, berbagai-bagai persoalan bermain di minda namun digagahi jua..

"hah! kenapa lambat?" keras sapaanya...
"ingat kau tu perdana menteri?" sambung si pemuda yang sememangnya ketua pemuda disitu...
"bukan sengaja Karim, aku sakit perut tadi" alasan yang sengaja di reka Nazim...
"kenapa? takut? smpai terberak segala, nasib sempat buang, kalau tak bertabur kat sini" balas Karim di sambut hilaian rakan-rakannya... (kah kah kah kah)

"macam mana sekarang?" Karim dengan nada kerasnya bertanya...
"sumpah aku tiada apa-apa dengan Farisya, hanya kawan biasa.." tipunya kepada si ketua
"ah! kau jangan nak bersandiwara pulak..."
" betul Karim, aku dengan Farisya kawan biasa", 
"kalau kau mahukan dia, aku boleh tolong kau memikatnya", dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu, kerana terpaksa melepaskan orang yang di sukainya demi keluarga....
"betul?, esok aku nak kau buktikan kat aku..."
"jangan hampiri Farisya lagi, faham?" amaran Karim dengan bangganya....

mulai saat itu, Nazim tidak lagi kelihatan bersama Farisya seperti sebelumnya.... setiap teguran dan sapaan gadis itu tidak diendahkannya... sehingga si gadis benar-benar kecewa!! beberapa minggu kemudian, Farisya kelihatan gembira bersama Karim... dipujuk hatinya agar menumpukan diri terhadap UPSR yang bakal menjelma.. 

"demi keluarga tercinta, ku sanggup korbankan segalanya"
"Farisya! maafkan aku, aku buat semua ini bukan kerana mahuku tapi....
ah! biarkanlah", pujukan yang tidak ikhlas tersebut di iringi dengan air mata..........

akhirnya... keputusan peperiksaan yang dinanti tiba. Nazim yang sengaja tidak mahu awal mengambil keputusannya berdo'a agar keputusan yang diharapkan tidak akan mengecewakannya....

"pelajar terbaik UPSR tahun 1999 jatuh kepada, Ahmad Nazim B. Abdullah", 
"beliau merupakan pemain badminton daerah, pemain bolasepak sekolah serta olahraga"
"kejayaan beliau menyumbangkan emas dalam olahraga peringkat sekolah menjadikan beliau atlet terbaik tahun in, malah peperiksaan UPSR yang lalu beliau mendapat 5A, TAHNIAH !" itulah ucapan guru besar sekolah, Tuan Haji Ismail Ishak pada majlis penyampaian anugerah cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, Perak...

kejayaan tersebut mengukir sekuntum senyuman menawan seorang ibu.... senyuman yang amat bemakna kerana kejayaannya mendidik insan yang disayanginya ! 

Nazim akhirnya terpilih memasuki sekolah yang amat di idaminya.... MRSM !!

di sini bermulalah liku-liku hidupnya yang penuh bersejarah....



bersambung ...........
written by : Nazmi (TM)

ANTARA NYATA DAN MIMPI.....


hehe mcm mimpi je... semuanya bermula dengan kebosanan!! pertembungan dua jasad iaitu yang bernyawa dan ... 

pertembungan pertama aku lihat fizikalnya hanya biasa, tiada yg mampu menarik minat sesiapa... tapi isi pengenalannya membuahkan bibit-bibit khayalan  pada insan yang jauh dari capaian apatah lg untuk ku miliki..!! tuntas, ku pergi meneroka lebih jauh setiap inci luahan dan coretan hatinya... 

ternyata perenggan pengenalannya melekakan aku.... teguran rakan menghentikan lamunan! 

"khusyuk gilaa....?" miss F...hahaha masing-masing ketawa!! 

xsedar dek peredaran masa yang agak lam, jam pun sudah menunjukkan pukul 1130 am..rupa-rupa pengenalan kami menelan masaku hampir sejam lamanya,.. 

si dia ni lah yg telah buat aku jatuh cinta...haha
cam klaka lak !!


baru 2 3 hari baca, tu pon waktu2 lapang... jalan cita menarik tapi cuma kadang2 agak over bila Puteri Bayu Irnani seperti mudah terpukau dgn ayat2 insan bernama lelaki serta mudah di sentuh sedang dirinya berilmu.. mungkin kerana pengalaman silamnya yg masih membelenggu  serta didikannya begitu....! bukan itu yg mahu ku sentuh tapi sdikit titipan untuk rakan2 mahu ku kongsi bersama...

ok buku ni bnyk menonjolkan nilai2 kekeluargaan, percintaan, persahabatan dan kasih sayang kepada pencipta, ibu bapa, sahabat dan pasangan... nak tau lebih lanjut, kena la baca...

sure tertanya2 kenapa nyata dan mimpi ..hehe
utk aku kenyataan adalah sesuatu yang patut kita telan walau sepahit mana atau semanis mana sesuatu itu... jujur dgn diri dan sekeliling!! 

mimpi memberi seribu satu persoalan yg hanya dpt di ungkap bila suatu mimpi dpt ditafsir dgn benar dan tepat... biasanya mimpi hanyalah buaian lena yg dtgnya dikala tidak di undang...
demi sebuah mimpi bertautnya cinta Bayu dan Asmara !!

andai mimpi bisa jadi nyata!! 
andai khayalan bisa di tunaikan..
sungguh bertuah hati setiap insan....

andai uwang menjadi ukuran setiap pasangan, 
bodohlah aku mengemis cintanya!!!
andai rupa paras menjadi igauan, 
punahlah harapan hatiku ini, 


sememangnya telah terpatri dalam nota hidupku, kehidupan bukan selalu seperti yang dirancang!! dan setiap insan tak akan lari dari melalui saat dan ketika suka dan duka, pahit dan gembira, manis dan tawa..... begitulah biasanya asam garam kehidupan.... dan kelancaran hidup bergantung sejauh mana pengurusannya....

semoga hidupku sentiasa melahirkan rasa syukur pada Yang Maha ESA.... amin!!