mercedes buatan tangan...

Kepada para pembaca yang bertuah.... di sini aku mengadakan kuiz dan hadiahnya kereta mecedes buatan tangan ... hahaha


soalan pertama... berapakah banyakkah tayar yang sedang digunakan pada kereta di bawah? 



soalan kedua... basikal ada berapa kaki??


soalan ketiga... pintu apakah yg paling canggih...


soalan keempat.. dimanakah hilangnya 'wheels' kapten Jack Sparrow dlm movie Pirates of Caribbean ...



ok anda memang seorang yg pandai... anda layak mendapat kereta yang dijanjikan

|

|

|























|

-

-




@_@


nah aku hadiahkan ... wahaha 
jangan mara eh...

Betul ke "good luck"


ASsalamualaikum, salam ukhwah buat pembaca yang ikhlas...


menjelang peperiksaan yang mendatang, segala persiapan sedang dibuat---> study dgn member, study sorang-sorang, buat soalan past semester, belek assignment, hafal rumus formula suma, mind map, n macam2 lagi la kot<----... sedia kah aku?? mmmm??? ALLAH saja yang tau.... this exam is just a part of ALLAH's assignment in world for a better life in akhirat...  

the most important things is how you perform your solah... solah merupakan tunjang utama keimanan selaku seorang muslim... di ibaratkan, solah itu tiang agama, tanpa tiang bagaimana mungkin sebuah bangunan mampu tersergam kukuh.... malah solah adalah perkara pertama yang akan di hisab ALLAH di akhirat....

emm ... dalam duk kejar nak result bagus, gempak, cemerlang, gemilang n terbilang, kita kadang-kadang lalai n leka mengerjakan solat.. peringatan ini bukan utk pembaca je, ***AKU*** pun sama... hopefully dalam busy-busy study, jangan la plak (aku)* amik kesempatan skip solat... tak baek!! dosa besar meninggalkan solat ni... kalau study lewat malam, pastikan jam berfungsi dengan baek, mengejutkan kita solat subuh ... or pesan kawan-kawan mintak kejutkan....


tu peringatan untuk diri ini dan semua yang nak amik exam tak lama lagi....

ni pertanyaan yang aku terfikir pagi tadi...

kenapa kita wish kat orang yang nk amik test ke, exam ke dan apa2 ujian dengan ucapan 'good luck'..? kenapa tak guna "semoga ALLAH permudahkan urusanmu" kan lebih baik... selaku seorang muslim, kita di ajar 6 rukun iman... 
  1. Beriman kepada ALLAH
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada Kitab AL-Quran
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman kepada hari kiamat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar
seperti yang dinyatakan di atas, keimanan itu bermula dengan percaya bahawa wujudnya ALLAH... dan yang terbawah adalah qada' dan qadar... qada' bermaksud perlaksanaan terhadap sesuatu ketetapan.. qadar bermaksud ketetapan... seorang muslim wajib percaya dan yakin bahawa semua yang berlaku merupakan ketentuan dan kekuasaan ALLAH. Soal ajal, jodoh dan rezeki merupakan ketentuan ALLAH yang enggak bisa di ubah oleh kita... namun tidak bermakna kita perlu menunggu ajal tanpa berbuat apa2... 

apa yang hendak ditekankan disini, adakah perlu kita percaya kepada 'good luck'..? seperti yang kita sedia maklum--> ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri<----(surah Ar-Ra'd, ayat 11), maknanya tiada good luck tanpa ada usaha dan tawakkal kepada ALLAH,... apa yang kita study, bukan semuanya masuk dalam peperiksaan. namun ini tidak seharusnya menghadkan kita untuk berusaha dan berdo'a.. kerana ALLAH itu maha adil lagi maha bijaksana... maka di sini tidak keterlaluan sekiranya aku katakan bahawa orang kafir mereka perkataan ini kerana mahukan kita mengharap selain ALLAH, tetapi lebih kepada good luck.... 

andai kefahaman ku salah, betulkanlah...
andai ianya membawa manfaat, berkongsilah...

Nasihat Imam Al-Ghazali

Aku ada gi Pusat Islam UiTM ... di samping menunaikan waktu, aku juga ada dapat ilmu sikit dari ustaz dari UiTM.... so ilmu ni aku nak share dengan semuan rakan-rakan pembaca..... so ni adalah sebahagian ayat2 yang sempat aku petik dari jutaan kata-kata mutiara beliau...


kejayaan tidak hanya dinilai dengan hanya pencapaian, namun usaha yang bersungguh-sungguh serta kegigihan adalah kunci sesebuah kejayaan itu... 

tambah beliau, menurut Imam Al-Ghazali punca-punca kegagalan manusia itu selalunya datang dari diri sendiri yang mana ianya dapat dikelaskan kepada 4 iaitu :


1.    telah menjadi lumrah manusia untuk memasang angan-angan, namun tidak seharusnya berlebih-lebihan kerana syaitan itu akan menyesatkan serta melalaikan kita...
sekiranya angan-angan  tanpa kehadiran usaha adalah sia-sia, maka berjayalah syaitan dengan tipu dayanya.. 

2.      Kadang-kadang setiap kita alpa dan leka bilamana pekerjaan yang kita lakukan sebenarnya belum pasti keutamaannya... contohnya kita gopoh-gapah hendak ke kelas sedangkan diri masih belum bersolat,... keadaan gopoh-gapah ini berlaku kerana mengerjakan sesuatu pada saat akhir... bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini, sentiasalah kita ingat-mengingati sesama sahabat serta diri sendiri.

3.       sombong yang dimaksudkan disini adalah dalam skop pelajar yang kadang kala merasa diri sudah hebat dan tidak perlukan bimbingan lain selain pensyarah serta lalai untuk berserah diri kepada ALLAH kerana bahawasanya kejayaan itu datangnya dari ALLAH.. namun tidak sepatutnya hanya berdo'a ketika datangnya exam, kesusahan dan musibah sahaja, malah setiap masa kita bolehlah di isi dengan zikir dan tasbih bagi memuji ALLAH agar rohani tidak terasa seperti di pinggirkan.

4.      Sifat yang seterusnya ini sememang sangat dibenci semua golongan manusia, sejak zaman bermulanya kehidupan manusia lagi sifat ini terbina apabila di ceritakan dalam Al-Quran, kisah Qabil membunuh adiknya Habil kerana sifat hasad dengki yang tidak dapat menerima kelebihan Habil akan dinikahkan dengan kembarnya yang lebih cantik berbanding kembar Habil yang kurang cantik berbanding kembarnya. sebagai pelajar, tidak seharusnya wujud perasaan hasad dengki, seharusnya kita saling membantu rakan-rakan yang ketinggalan dan berkongsi ilmu serta bersama-sama menuju kejayaan...

hopefully apa yang di kongsi ini akan menjadi iktibar buat aku dan rakan-rakan pembaca....
exam sudah hampir tiba, jom kita sama-sama "haiya a'lal falah"....

Sedikit happy...

emmm.. what is happy for you allz...?? hehe speaking omputih lak.... 
seriusly happy ni banyak maksudnya,
it depends on people who experience it...
for me happy is that something which make us smile, laugh, and touching sampai meleleh air mata.... 
thats a real happy....

hari ni aku sedikit happy sebab keja yg dipertanggungjawabkan selama satu semester berjaya disiapkan....
satu lagi khabar yg gembira, dalam kelam kabut menyiapkan kerja, a text mesej sampai kul 11:50am....
"salam... Alhamdulillah dah selamat dapat baby girl..." 
kakak aku selamat melahirkan anak permpuan...13/10/2010....

huhu bertambah lagi sorg anak buah...
tak pasti ni anak buah ke brapa, 30 lebih kot.... hahaha
ramai-ramai ramai...

....begini la aku sekarang....

baru selesai part of my many many many works....
pasni ada
1 test to seat 
1 Thesis report nak kena antar
1 assignment kena anta...
coming soon is final exam...

...start 26/10 smpai 8/11...
so nak pastikan pasni no facebook or main2 lagi dah....
huhu

hopefully member2 lain is like this.....

not like this 


atau mungkin tak dapat tahan tekanan jadinya begini





...for other DP groups, I pray for your success...
thanks a lot sama-sama teman berlumba menyiapkan
DP kt fakulti kesayangan selama 2 hari non-stop.... 
...dengan tidur yg kurang, serta makan yg tak menentu...
huhu !! pasni sama2 kita struggle untuk final keyh....

JUTAAN TAHNIAH...





tahniah buat angkasawan negara Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor atas pernikahan beliau dengan pilihan hati Dr. Halina Binti Yunos... 
pada 11.00 pagi 10/10/10
...sangat bertuah melihat gerangan kedua mempelai...
.....sama cantik sama padan....
bak cincin emas bertahtakan delima
bak takhta bersulam intan berlian...
hehe silap !! 
mcm pinang di belah dua...

si arjuna tampak tampan bertanjak...
si dara anggun berbaju kebaya...
tema perkahwinan yg kemelayuan
sangat berharga, bukan sahaja buat semua rakyat Malaysia
bahkan ramai tetamu luar negara menyaksikan...


Barakallah hu lakuma wabaraka alaikuma...
wajama'a bai na kuma fi khairr...