All about white...

Apa la colour kegemaran si dia...? mepek En. N .. U have no one special except your family n ur DP k...adehh...
ha? siesly apa eh warna kegemaran anda...? ha !! aku tau.. biru laut?  bukan...? emmm.. hijau? bukan...? purple ? bukan jgk....? ala pink la tu... tau dah....
aku suka wana putih, siesly sejuk mata memandang... huhu  kalau tanya membe2 lelaki aku pon diorang nk gf n wife yg putih2 gak... aku? ceh !! kalau bab orang aku xda la memilih wana kulit.., tp pilih wana hati, biar la putih gebu hatinya... perlu ke gebu? no komen....

minat n cintanya aku pd wana putih ni agak tahap gaban gk la, sbb tu aku conteng moto aku wana putih... hehe hpon puteh, jam putih... ada lagi yg putih2... !! huhu
 dah dah... stop mepek..!! 
sbenanya nk cita sikit pasal white tiger n lion... i do love tiger n lion especially when they are in white.... tapi betul ke ada white tiger n lion ni...? so aku tanya la En. Google, En. Bing n Miss. Y Tube, diorg bg results yg terbaek.. hahaha
so inilah white tiger n white lion... grrrrrrrrrrr... 


waaa... tgk bulu dia, rasa cam sedap je buat jaket.....
sejuk kot skang ni, maklum la hujan....








yang paling cute, ni ha budak kecik 2 ekor ni... hahaha



amacam comeyl dak...? meoww.....

ni plak video diorg... meowwww..

Thanks to all ...

Assalamualaikum... hari ni officially finished jwb exam for this sem... my mood??? mencuka...!! penat, xlarat n serabut... paper hari ni hampeh je... penat aku study satu sem.. xda ke soalan yg senang sikit... xda lain yg bole aku ckp selain 'mencabar' soalan tu... mampu melelehkan air mata.
moto aku sem ni "gagal dalam tangan, lulus belum tentu... A? jauh sekali.." , mana taknya besepah-sepah subjek meminta dipenuhi.. adoi !! bukannya aku ckp kita nak gagal tapi, nk bgtau, once we enter this student life there are two ways lagi... 
....lulus n gagal....  

kalau usaha anda ciput mcm siput, xpasti la mana anda letak diri anda... universiti level ni usaha kena mcm semut... rajin je! biarpun kecik, xpenah putus asa atau mengeluh...
tapi rasa cm nak meleleh gak air mata jantanku ini.. haha cam tut*****  je ayat !! penattt sangat...
setelah segala usaha telah aku curahkan, rasanya terbaik lah aku berdo'a dan terus berdo'a...  seriusly aku gulung my internet cabel,"NO INTERNET"...fokus En. N.. fukos !! final ni, jgn fb fb fb... kang dpt result 'F' baru tau... 


neway, I want to thanks my family, my Mother especially.. friends, neighbors, n suma in my environment....  my special thanks to...:
1. Design Projects lecturer, Puan Fauziah and my group members, Syuhada, Nadia, Shuhada n Paan.... maaf kalau ada salah n silap...: ]
2. Polymer Propreties lecturer: Puan Suffi yg bnyk kali ngajar aku sampai dia pun dah naik boring tgk muka aku...
3. Ethnic Relation lecturer: PM. Zaharah Yahya for her advise and shared...
4. Particles Technology lecturer : PM Dr. Norazah... she's great n kind, easy going, open minded ... best la... dia marah, budak2 lain mcm takut, knp aku nmpk dia mcm xmarah.. tah! maybe sbb dia suka buat suma dlm kls happy kot...:)
5. Polymeric materials, rubber n composite lecturer: Dr. Maziyar,.. easy going n mesra...
6. Industrial training company n supervisor... thanks sbb sanggup kutip budak ni dikala masa kesuntukan...
7. Research project lecturer, Dr. Alawi yg bnyk membantu, bg tunjuk ajar n siap turun padang skali dgn research anak buah mu ini... bnyk2 thanks la, blanja mkn n all the stuffs...
8. the last and the most thanks goes to my rare class (En. N, ko poses da,.. not pure k) n lecturer, PM. Dr. Norni for her kind heart and cute teaching.. paham dah tapi xtau la perform ke tak time exam...masa memisahkan aku dengan soalan itu..
9. tak lupa suma membe yg terlibat dlm proses menjayakan masa depan aku... jasa anda dikenang sampai bila2...
      
Thanks all of u... :o


apa-apa pun pikir nak balik kampung je ni... hahaha 
nak tengok new baby, my heroes n my most lovely MOM... 
to adikku, berusahalah abg do'akan hang...
jgn main2 ! exam tu umpama nyawa hang... jgn ngadu susah sebelum hang berusaha yang terbaik.., kalau x, aku tampaq hang sampai aloq staq...


mercedes buatan tangan...

Kepada para pembaca yang bertuah.... di sini aku mengadakan kuiz dan hadiahnya kereta mecedes buatan tangan ... hahaha


soalan pertama... berapakah banyakkah tayar yang sedang digunakan pada kereta di bawah? 



soalan kedua... basikal ada berapa kaki??


soalan ketiga... pintu apakah yg paling canggih...


soalan keempat.. dimanakah hilangnya 'wheels' kapten Jack Sparrow dlm movie Pirates of Caribbean ...



ok anda memang seorang yg pandai... anda layak mendapat kereta yang dijanjikan

|

|

|























|

-

-




@_@


nah aku hadiahkan ... wahaha 
jangan mara eh...

Betul ke "good luck"


ASsalamualaikum, salam ukhwah buat pembaca yang ikhlas...


menjelang peperiksaan yang mendatang, segala persiapan sedang dibuat---> study dgn member, study sorang-sorang, buat soalan past semester, belek assignment, hafal rumus formula suma, mind map, n macam2 lagi la kot<----... sedia kah aku?? mmmm??? ALLAH saja yang tau.... this exam is just a part of ALLAH's assignment in world for a better life in akhirat...  

the most important things is how you perform your solah... solah merupakan tunjang utama keimanan selaku seorang muslim... di ibaratkan, solah itu tiang agama, tanpa tiang bagaimana mungkin sebuah bangunan mampu tersergam kukuh.... malah solah adalah perkara pertama yang akan di hisab ALLAH di akhirat....

emm ... dalam duk kejar nak result bagus, gempak, cemerlang, gemilang n terbilang, kita kadang-kadang lalai n leka mengerjakan solat.. peringatan ini bukan utk pembaca je, ***AKU*** pun sama... hopefully dalam busy-busy study, jangan la plak (aku)* amik kesempatan skip solat... tak baek!! dosa besar meninggalkan solat ni... kalau study lewat malam, pastikan jam berfungsi dengan baek, mengejutkan kita solat subuh ... or pesan kawan-kawan mintak kejutkan....


tu peringatan untuk diri ini dan semua yang nak amik exam tak lama lagi....

ni pertanyaan yang aku terfikir pagi tadi...

kenapa kita wish kat orang yang nk amik test ke, exam ke dan apa2 ujian dengan ucapan 'good luck'..? kenapa tak guna "semoga ALLAH permudahkan urusanmu" kan lebih baik... selaku seorang muslim, kita di ajar 6 rukun iman... 
  1. Beriman kepada ALLAH
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada Kitab AL-Quran
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman kepada hari kiamat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar
seperti yang dinyatakan di atas, keimanan itu bermula dengan percaya bahawa wujudnya ALLAH... dan yang terbawah adalah qada' dan qadar... qada' bermaksud perlaksanaan terhadap sesuatu ketetapan.. qadar bermaksud ketetapan... seorang muslim wajib percaya dan yakin bahawa semua yang berlaku merupakan ketentuan dan kekuasaan ALLAH. Soal ajal, jodoh dan rezeki merupakan ketentuan ALLAH yang enggak bisa di ubah oleh kita... namun tidak bermakna kita perlu menunggu ajal tanpa berbuat apa2... 

apa yang hendak ditekankan disini, adakah perlu kita percaya kepada 'good luck'..? seperti yang kita sedia maklum--> ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri<----(surah Ar-Ra'd, ayat 11), maknanya tiada good luck tanpa ada usaha dan tawakkal kepada ALLAH,... apa yang kita study, bukan semuanya masuk dalam peperiksaan. namun ini tidak seharusnya menghadkan kita untuk berusaha dan berdo'a.. kerana ALLAH itu maha adil lagi maha bijaksana... maka di sini tidak keterlaluan sekiranya aku katakan bahawa orang kafir mereka perkataan ini kerana mahukan kita mengharap selain ALLAH, tetapi lebih kepada good luck.... 

andai kefahaman ku salah, betulkanlah...
andai ianya membawa manfaat, berkongsilah...

Nasihat Imam Al-Ghazali

Aku ada gi Pusat Islam UiTM ... di samping menunaikan waktu, aku juga ada dapat ilmu sikit dari ustaz dari UiTM.... so ilmu ni aku nak share dengan semuan rakan-rakan pembaca..... so ni adalah sebahagian ayat2 yang sempat aku petik dari jutaan kata-kata mutiara beliau...


kejayaan tidak hanya dinilai dengan hanya pencapaian, namun usaha yang bersungguh-sungguh serta kegigihan adalah kunci sesebuah kejayaan itu... 

tambah beliau, menurut Imam Al-Ghazali punca-punca kegagalan manusia itu selalunya datang dari diri sendiri yang mana ianya dapat dikelaskan kepada 4 iaitu :


1.    telah menjadi lumrah manusia untuk memasang angan-angan, namun tidak seharusnya berlebih-lebihan kerana syaitan itu akan menyesatkan serta melalaikan kita...
sekiranya angan-angan  tanpa kehadiran usaha adalah sia-sia, maka berjayalah syaitan dengan tipu dayanya.. 

2.      Kadang-kadang setiap kita alpa dan leka bilamana pekerjaan yang kita lakukan sebenarnya belum pasti keutamaannya... contohnya kita gopoh-gapah hendak ke kelas sedangkan diri masih belum bersolat,... keadaan gopoh-gapah ini berlaku kerana mengerjakan sesuatu pada saat akhir... bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini, sentiasalah kita ingat-mengingati sesama sahabat serta diri sendiri.

3.       sombong yang dimaksudkan disini adalah dalam skop pelajar yang kadang kala merasa diri sudah hebat dan tidak perlukan bimbingan lain selain pensyarah serta lalai untuk berserah diri kepada ALLAH kerana bahawasanya kejayaan itu datangnya dari ALLAH.. namun tidak sepatutnya hanya berdo'a ketika datangnya exam, kesusahan dan musibah sahaja, malah setiap masa kita bolehlah di isi dengan zikir dan tasbih bagi memuji ALLAH agar rohani tidak terasa seperti di pinggirkan.

4.      Sifat yang seterusnya ini sememang sangat dibenci semua golongan manusia, sejak zaman bermulanya kehidupan manusia lagi sifat ini terbina apabila di ceritakan dalam Al-Quran, kisah Qabil membunuh adiknya Habil kerana sifat hasad dengki yang tidak dapat menerima kelebihan Habil akan dinikahkan dengan kembarnya yang lebih cantik berbanding kembar Habil yang kurang cantik berbanding kembarnya. sebagai pelajar, tidak seharusnya wujud perasaan hasad dengki, seharusnya kita saling membantu rakan-rakan yang ketinggalan dan berkongsi ilmu serta bersama-sama menuju kejayaan...

hopefully apa yang di kongsi ini akan menjadi iktibar buat aku dan rakan-rakan pembaca....
exam sudah hampir tiba, jom kita sama-sama "haiya a'lal falah"....