Betul ke "good luck"


ASsalamualaikum, salam ukhwah buat pembaca yang ikhlas...


menjelang peperiksaan yang mendatang, segala persiapan sedang dibuat---> study dgn member, study sorang-sorang, buat soalan past semester, belek assignment, hafal rumus formula suma, mind map, n macam2 lagi la kot<----... sedia kah aku?? mmmm??? ALLAH saja yang tau.... this exam is just a part of ALLAH's assignment in world for a better life in akhirat...  

the most important things is how you perform your solah... solah merupakan tunjang utama keimanan selaku seorang muslim... di ibaratkan, solah itu tiang agama, tanpa tiang bagaimana mungkin sebuah bangunan mampu tersergam kukuh.... malah solah adalah perkara pertama yang akan di hisab ALLAH di akhirat....

emm ... dalam duk kejar nak result bagus, gempak, cemerlang, gemilang n terbilang, kita kadang-kadang lalai n leka mengerjakan solat.. peringatan ini bukan utk pembaca je, ***AKU*** pun sama... hopefully dalam busy-busy study, jangan la plak (aku)* amik kesempatan skip solat... tak baek!! dosa besar meninggalkan solat ni... kalau study lewat malam, pastikan jam berfungsi dengan baek, mengejutkan kita solat subuh ... or pesan kawan-kawan mintak kejutkan....


tu peringatan untuk diri ini dan semua yang nak amik exam tak lama lagi....

ni pertanyaan yang aku terfikir pagi tadi...

kenapa kita wish kat orang yang nk amik test ke, exam ke dan apa2 ujian dengan ucapan 'good luck'..? kenapa tak guna "semoga ALLAH permudahkan urusanmu" kan lebih baik... selaku seorang muslim, kita di ajar 6 rukun iman... 
  1. Beriman kepada ALLAH
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada Kitab AL-Quran
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman kepada hari kiamat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar
seperti yang dinyatakan di atas, keimanan itu bermula dengan percaya bahawa wujudnya ALLAH... dan yang terbawah adalah qada' dan qadar... qada' bermaksud perlaksanaan terhadap sesuatu ketetapan.. qadar bermaksud ketetapan... seorang muslim wajib percaya dan yakin bahawa semua yang berlaku merupakan ketentuan dan kekuasaan ALLAH. Soal ajal, jodoh dan rezeki merupakan ketentuan ALLAH yang enggak bisa di ubah oleh kita... namun tidak bermakna kita perlu menunggu ajal tanpa berbuat apa2... 

apa yang hendak ditekankan disini, adakah perlu kita percaya kepada 'good luck'..? seperti yang kita sedia maklum--> ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri<----(surah Ar-Ra'd, ayat 11), maknanya tiada good luck tanpa ada usaha dan tawakkal kepada ALLAH,... apa yang kita study, bukan semuanya masuk dalam peperiksaan. namun ini tidak seharusnya menghadkan kita untuk berusaha dan berdo'a.. kerana ALLAH itu maha adil lagi maha bijaksana... maka di sini tidak keterlaluan sekiranya aku katakan bahawa orang kafir mereka perkataan ini kerana mahukan kita mengharap selain ALLAH, tetapi lebih kepada good luck.... 

andai kefahaman ku salah, betulkanlah...
andai ianya membawa manfaat, berkongsilah...