Fuhhh Fuhhh Fuhhhh

Assalamualaikum....


Fuhhhhh ! Fuhhh ! Fuhhhhh ! Tiup jap blog ni, berhabuk bersawang dah.... lama kot tak bukak....last time kat Shah Alam, sekarang dah setahun lebih aku balik Perak, kira setahun lebih la jugak aku tak bukak... macam-macam kenangan manis, pahit, masam masin aku rasa masa kat Shah Alam dulu. Dalam mengenal erti susah payah menuntut ilmu,kat negeri orang, kalau yang ke negara orang tu lagi la banyak ceritanya. Mostly yang aku lalui adalah tentang Engineering (erghhh!! memberontakkk, pecah kepala otak), persahabatan, percintaan, pergaduhan dan survivor untuk meneruskan kehidupan. Namun, Alhamdulillah telah aku lalui dengan segala kesabaran dan ketabahan yang aku rasa semakin menguji bila pengajian hampir ke penghujungnya. 

Nak bukak cerita, dalam tempoh masa ni ramai kawan-kawan yang dah berhijrah ke fasa yang baru, 'alam perkahwinan', fuhhhh !! rasa nervous sikit... So aku dah pi la banyak undangan rakan-rakan ni, soalan yang paling murah keluar dari mulut depa ni is, "anda bila lagi?", hahhhh!! InsyaALLAH akan tiba waktunya... Bukan aku tak mau beb, tapi kalau anda tanya tu sila sertakan orang-orang or individu-individu berhati mulia untuk sponsor majlis aku ye... paham-paham la ye zaman sekarang ni, orang cakap duit tak bole beli segalanya, tapi tanpa duit apa-apa pun tak bole beli. haha

kepada yang sudah berumah tangga, bersyukurlah atasa kurnian ALLAH serta do'a-do'akanlah sahabat yang masih belum mengikut jejak langkah anda. Kepada yang belum mendirikan masjid, berdo'a dan bersabarlah kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda... 







Tahniah, semoga ALLAH merahmati & merestui pernikahan anda semua serta do'aku agar kamu berbahagia dunia dan akhirat... aminnn

sekian, 
  Wassalam...