SAYANG IBU

Mungkin cita ni dh ramai yg denga, tp aku rasa xsalah utk aku ulang sebagai pedoman utk aku & kwn2 aku suma. Kisahnya bermula apabila seorang anak mendapatkan ibunya yang menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
 2) Tolong jaga adik : RM4.00
 3) Tolong buang sampah:RM1.00
 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
 5) Tolong siram bunga : RM3.00
 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
  Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
 Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Oleh itu haruslah kita berbangga kerana masih mempunyai ibu utk kita berkasih sayang, hargailah ibu kita kerana pengorbanan yg mereka lakukan amatlah besar. mereka tidak mengharapkan balasan, namun mereka mahu melihat pengorbanan mereka berbaloi, anak mereka berjaya, menjadi insan berguna. sentiasalah kita berdo'a agar mereka sentiasa sihat sejahtera. bg mereka yg kurang bernasib baik dgn ketiadaan bonda tercinta, fahamilah, mereka juga mahukan yg terbaik untuk anda. sentiasalah panjatkan do'a agar roh mereka aman disana. Sayangilah IBUmu lebih dari insan lain.. sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu, setiap titisan air mata ibu yg mengalir keluar kerana perbuatan derhaka akan dihitung di akhirat kelak dan dberi balasan yg amat pedih. 

IBU.. ampuni lah dosa anakmu ini, 
anakmu ini bnyk berdosa kpdmu IBU
IBU, redhailah setiap langkahmu membawaku semasa dlm perutmu
berkatilah setiap titis susu yg mengalir dari tubuhmu utk ankmu ini, IBU
IBU, kaulah ratu hatiku...

No comments: