Renungan dan pandangan tajamnya melewati jendela, mencari-cari sinaran rembulan yang tidak kunjung tiba. Fikirannya melayang sejauh rumah yang ditinggalkan....
“adakah apa yang aku lakukan ini betul?”,
“patutkah aku menipu diri ini?”,
“menipu keluarga sendiri?”,
“adakah ini apa yang aku inginkan selama ini?”,
“entahlah, aku buntu... jawapan yang aku cari, masalah yang aku jumpa.”, hatinya dibiar melayang jauh memikirkan peristiwa silam....
Tiba-tiba......
“kau! Kau buat apa? ke mari sekejap, ada hal”,seorang senior, Ramli namanya.... dengan pantas menarik rakus tangan kurus Nazim setelah habis berbicara.
Belum sempat Nazim membuka mulutnya, sekali lagi arahan tiba.
“tolong basuh baju dengan seluar sekolah aku ni, esok aku ada kelas”, arah Ramli dengan muka selamba....
“kenapa saya yang kena?, bukan abang punya ke?”pertanyaan tersebut mengundang kemarahan si senior....
“habis tak boleh kau tolong basuh? Ini arahan” sambil menggenggam buku lima dan dengan sengaja di cubanya ke pintu.... menunjukkan kekuatan.
“baik....!” balasnya dengan sedikit kegelisahan... masakan mahu dilawannya lelaki yang besarnya seperti gorilla tersebut. Tumbukannya pasti bisa menghilangkan selera makan, paling kurang satu dua batang gigi bersihnya melayang.
“bagus, mulai sekarang aku nk kau jadi ‘adik’ aku, faham?”, soal Karim megah, menampakkan dirinya sedikit marah untuk membalas pengalaman yang pernah dilalunya.
Nazim hanya menganguk sahaja kerana masih terasa getar suara karim di telinganya.
***
‘tuk!’,’tuk!’........... “bangun, bangun! Subuh! Subuh! “, kedengaran warden asrama mengejutkan semua insan di dalam asrama. kerana terkejut masing-masing membuka mata. Isinya memandang sesama mereka, masih tercari-cari serta masih hilang dalam mimpi, malah ada yang masih di ulit buaian mimpi si puteri, seketika tersenyum kemudian menjunamkan kembali kepala ke ‘kekasih’ penidur setia.
Nazim yang sudah biasa dengan keadaan tersebut tenang pergi mencuci muka, namun masih terasa penat kerana terpaksa membasuh baju yang bukan miliknya. Dihatinya, biarlah aku menjadi hamba dunia sedang mereka berlagak umpama raja.
Disertai do’a, air mengalir di tadahnya penuh khusyuk, Bismillah..... sahaja aku mengambil wudu’ kerana ALLAH Ta’ala, kemudian di kumurinya, disambungi ke muka, tangan , kepala, telinga dan kaki.....
Sebagai orang pertama sampai ke musalla, Ustaz memintanya melaungkan kalimah suci memanggil saantero muslimin muslimah. Di tekupnya telinga, dengan kalimah ALLAH, di laungnya penuh ikhlas tanpa banyak budi bicara,
ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR........
Laungan jelas dan lenggokan tertibnya meruntunkan hati semua pendengar, menimbulkan getaran, terpana dengan bukti ciptaan Tuhan.
Pendengar yang tiba, mencari-cari tuan empunya suara. Pelbagai persoalan, tanggapan hinggap di hati. Ada yang memuja dan ada yang memuji. Malah tak kurang juga, ada pula yang memerli... “nak menunjuk la tu”,......“boleh jadi calon suami ni”.... Karim yang mendengar, sepertinya tidak percaya. Manusia yang mencuci baju seluarnya, seorang yang tidak boleh dipandang hina, dia tertunduk malu.
Selesai solat subuh pertama mereka yang baru disitu, di imami Ustaz Ismail yang seterusnya melantik Nazim sebagai mua’zin musalla.
“terima kasih ustaz, tapi rasanya ramai lagi insan yang layak....”, ucapannya terhenti apabila Ustaz Ismail kemudian mencelah....
“terimalah, ustaz tau kamu layak.”
“terima kasih ustaz! Saya akan menjalankan tugas sebaiknya.....
***
Di dalam kelas, Nazim duduk keseorangan karena dia masih mahu memerhati rakan yang benar-benar boleh di jadikan teman. Kehadiran Nazim menggamit mata-mata nakal murid-murid perempuan, seperti membisikkan sesuatu....
“aku pasti dialah yang azan subuh tadi”, jelas Syikin dengan pasti tanggapannya itu...
“isk hang ni biaq betui, tak hensem pon”, Fatimah menyampuk perbualan....
“awat hang ni, tak baik kata kat orang lagu tu, hang tu lawa sangat ka Mah?”, sambil meniru loghat utara, Syikin mentelah kata-kata Fatimah.
“nak kata lawa tu dak la, manis ada.....”, semua pelajar disitu ketawa bersama....
Tanpa diduga, dalam hilaian tawa tersebut ada mata yang sempat menjeling ke arah Nazim... di dalam hatinya teringin mengetahui sedikit sebanyak tentang lelaki pendiam yang termenung tersebut.
Melihat gelagat pelajar-pelajar perempuan itu, Nazim tersenyum sambil memandang ke arah mata yang menjeling. Pelajar perempuan itu mengalihkan pandangan dengan perasaan malu bersilih ganti keliru.
“assalamualaikum....”, teguran tersebut mematikan senyuman Nazim
“Wa’alaikumsalam, saya Nazim...”balasnya...
“saya Alif, jiran sebelah awak”, sambil menunjuk di meja kiri Nazim...
“sedap suara awak azan subuh tadi?”, sambungnya.
“terima kasih, anugerah ALLAH”, Nazim membalas merendah diri, tidak mahu dipanjangkannya perbualan kerana takut dianggap riak..
Nazim memang seorang yang memilih bulu dalam berkawan kerana pesan ibunya, biarlah orang menganggap kita sombong asal jangan diri jadi seperti kacang lupakan kulit, apabila kawan mempengaruhi fikiran lupa asal-usul, hilang keluarga. Pesan ibunya dikunci ketat dalam kotak ingatannya.
***
Di sebuah sekolah berhampiran, Aurora bersungguh-sungguh mencari rakan. Berbekalkan rupa dan kepetahannya bertutur kata, mudah sahaja pelajar-pelajar yang dikehendaki dipengaruhi serta dijadikan orang bawahannya. Disamping pelajar-pelajar lama yang telah bersamanya, mereka bersama-sama menuju kesesatan. Air mata penyesalan langsung tidak kelihatan di wajahnya, tambahan pula mereka semua sekepala. kalau dulu, ponteng, merokok, kadang kala bergaduh adalah perkara yang biasa terjadi dalam kamus persekolahan... kini apakah pula rencana mereka.??
“Aurora,tak best la lepak sini, jom la keluar”, ajak KT yang pada asal namanya Khatijah.
“Kita nak peghi mana?”, jawabnya dalam bahasa Melayu yang seperti mat salleh bunyinya....
“Mana-mana jelah, sini dah la sunyi, tak da apa-apa plak tu”, sambung KT mengenai sekolah yang telah lama sunyi kerana semua muridnya telah masuk ke kelas.
“kita gi lepak tasik je la, tak pun lepak kat mall je?”, cadangan Rini yang sedari tadi memikir jalan. ..
“ok jugak tu, alang-alang ponteng baik lepak jauh-jauh” balas Aurora mempersetujui cadangan Rini.
“jom tukar baju dulu, nanti kantoi pulak”, giliran KT mencelah....
Selesai sudah upacara, kini giliran mencari lubang untuk melepaskan diri... pagar dawai yang sedia dilubangkan menjadi tempat pelajar melepaskan diri. Pergilah mereka berempat bersama rakan baru, Alisya dengan senang hatinya…
Sampai ke tasik, mereka bersenda gurau. Sedang mata diperhatikan beberapa pemuda yang entah apalah pekerjaan mereka. Kemudian…. ‘phewitttt’! lagak seorang pemuda tanpa ada rasa malunya….
“Buat tak tau aje”, kata KT …
“Jual mahal sikit”, jawab Rini selamba…
“dia dtg la...!”, kata Alisya
“hai ! saya Dollah... orang panggil Pak Lah, ensem macam timbalan menteri tak... ”, ketawa si pemuda lepas mengenalkan dirinya sambil menayang gigi yang tah bila kali terakhir di gosoknya....
“ada sesiapa tanya?”, balas Aurora....
“amboi ! garangnya cik adik manis ni...muka lawa, tapi sombong pula.”, sambung si pemuda memerli si jelita....
“abis! Ada masalah ?”, balas Rini dgn garangnya...
“tak ada, cuma sayang la..hehe”, si pemuda memblas dengan beraninya,,,...
“kau ni tak ada kerja?”, sampuk Alisya...
“nak buat apa kerja, mak bapak kaya....”,
“yela kaya, moto cabuk je”,
“wayang je tu, tengok wallet la...”, sambil menayang wang yg berkepok di walletnya...
Dengan teruja, mereka berempat terperanjat... mana tidaknya, wangnya hampir RM400.00 terselit begitu sahaja...diajak si lelaki bergembira, makan2 dan nyanyi2 bersama... akhirnya pergilah mereka lalai dengan alunan dan buaian dunia...
Muhammad Islam....
No comments:
Post a Comment