Bertahun-tahun aku puasa... !! apa yg aku dapat dalam puasa ni eh??
ap puasa ni sebenarnya ? emmmm.....???
siapa boleh jawab? berbuka puasa dengan aku tapi bayar sendirian berhad menanti.... :D
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa menurut kamus
Secara umumnya, puasa adalah perbuatan menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=puasa).
Bagi umat ISLAM, puasa adalah lebih dari menahan lapar & dahaga semata-mata... puasa adalah mengawal panca indera daripada mengikut tuntutan nafsu .... contohnya dlm soal perbelanjaan, pergaulan, penglihatan, pendengaran, pertuturan serta banyak lagi....
disamping melatih diri memahami penderitaan insan yg kurang kemampuan, tiada makan dan minum yg secukupnya. puasa merupakan tuntutan rukun ISLAM ke-3 yg diwajib pada sekelian masa dan ketika.
wajib berpuasa pada:
- bulan Ramadhan
- puasa kerana nazar
- puasa kifarah
- serta qada' puasa Ramadhan....
untuk diceritakan keseluruhan hukum mahupun keindahan berpuasa memerlukan ketekunan yg amat hebat kerana puasa sangatlah indah untuk digambarkan dengan kata-kata... hanya yg terpilih akan merasainya....
persoalan yg aku tanya tadi, InsyaALLAH ALLAH akan jawab in the end of the fasting day...:D
No comments:
Post a Comment