Nasihat Imam Al-Ghazali

Aku ada gi Pusat Islam UiTM ... di samping menunaikan waktu, aku juga ada dapat ilmu sikit dari ustaz dari UiTM.... so ilmu ni aku nak share dengan semuan rakan-rakan pembaca..... so ni adalah sebahagian ayat2 yang sempat aku petik dari jutaan kata-kata mutiara beliau...


kejayaan tidak hanya dinilai dengan hanya pencapaian, namun usaha yang bersungguh-sungguh serta kegigihan adalah kunci sesebuah kejayaan itu... 

tambah beliau, menurut Imam Al-Ghazali punca-punca kegagalan manusia itu selalunya datang dari diri sendiri yang mana ianya dapat dikelaskan kepada 4 iaitu :


1.    telah menjadi lumrah manusia untuk memasang angan-angan, namun tidak seharusnya berlebih-lebihan kerana syaitan itu akan menyesatkan serta melalaikan kita...
sekiranya angan-angan  tanpa kehadiran usaha adalah sia-sia, maka berjayalah syaitan dengan tipu dayanya.. 

2.      Kadang-kadang setiap kita alpa dan leka bilamana pekerjaan yang kita lakukan sebenarnya belum pasti keutamaannya... contohnya kita gopoh-gapah hendak ke kelas sedangkan diri masih belum bersolat,... keadaan gopoh-gapah ini berlaku kerana mengerjakan sesuatu pada saat akhir... bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini, sentiasalah kita ingat-mengingati sesama sahabat serta diri sendiri.

3.       sombong yang dimaksudkan disini adalah dalam skop pelajar yang kadang kala merasa diri sudah hebat dan tidak perlukan bimbingan lain selain pensyarah serta lalai untuk berserah diri kepada ALLAH kerana bahawasanya kejayaan itu datangnya dari ALLAH.. namun tidak sepatutnya hanya berdo'a ketika datangnya exam, kesusahan dan musibah sahaja, malah setiap masa kita bolehlah di isi dengan zikir dan tasbih bagi memuji ALLAH agar rohani tidak terasa seperti di pinggirkan.

4.      Sifat yang seterusnya ini sememang sangat dibenci semua golongan manusia, sejak zaman bermulanya kehidupan manusia lagi sifat ini terbina apabila di ceritakan dalam Al-Quran, kisah Qabil membunuh adiknya Habil kerana sifat hasad dengki yang tidak dapat menerima kelebihan Habil akan dinikahkan dengan kembarnya yang lebih cantik berbanding kembar Habil yang kurang cantik berbanding kembarnya. sebagai pelajar, tidak seharusnya wujud perasaan hasad dengki, seharusnya kita saling membantu rakan-rakan yang ketinggalan dan berkongsi ilmu serta bersama-sama menuju kejayaan...

hopefully apa yang di kongsi ini akan menjadi iktibar buat aku dan rakan-rakan pembaca....
exam sudah hampir tiba, jom kita sama-sama "haiya a'lal falah"....

No comments: