Terkini...

Maaf la lately kurang update blog ni... banyak kerja ...
skang sedang mengkaji novel "Batas-Batas AURAT & Pergaulan serta Hukum Persolekan Dalam Islam" oleh Ustaz Jaafar Salleh... 



Awal chapter ada tertulis sabda baginda Rasulullah yg bermaksud,
"Sesungguhnya kamu akan mengikut perjalanan (cara hidup) umat-umat dahulu (sebelum kamu) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu (umat ISLAM) akan ikut masuk juga". beranya para sahabat," Ya Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu Yahudi & Nasrani?", sabda Rasulullah "Siapa lagi!..", 
Riwayat Imam Bukhari & Muslim.

Seterusnya dalam hadis yg lain Baginda bersabda, "Sehingga mereka (orang-orang dahulu yang sesat) menyetubuhi ibu mereka pun kamu (orang hari ini) akan ikuti juga perbuatan mereka", ...

Nauzubillah.... andainya dilihat trend zaman sekarang,  kebanyakan kita telah hilang identiti ISLAM yg sebenarnya, malah lebih serius lg ada segelintir mereka yang merasa bangga dengan budaya & cara hidup manusia bernama Yahudi & Nasrani.... dari segi pakaian, pemakanan, adat, pergaulan, ekonomi, sosial malah tahap yang lebih tinggi iaitu perundangan sendiri pun telah diserap dengan perudangan al kafirun tersebut. Bukan aku merujuk kpd perundangan Malaysia semata, malah bnyk negara di dunia mengamalkn perundangan mereka. 

sememangnya iblis & syaitan telah bersumpah akan menyesatkan umat manusia dari sebesar-besar cara hingga sehalus-halusnya sampailah hari kiamat. tanpa disedari, bnyk berlaku bencana & bala disana sini, "tidakkah kamu mengambil pengajaran kisah-kisah terdahulu sebelum kamu?", mungkin banjir yang berlaku ini adalah cebisan amaran ALLAH terhadap hambaNYA agar kita kembali ke jalan yang hak.... terhadap mereka yg menghadapi banjir tersebut, Innalillah aku ucapkan.... berkenaan tragedi di Mesir, kita sendiri sedia maklum bahawa Presiden Mesir, Hosni Mubarak adalah rakan Israel dan Amerika sendiri.... Wallahua'lam...

apa-apa pun, aku do'akan semoga rakan-rakan dan sahabat-sahabat seagama kita selamat di sana...amin....

No comments: