sekian....

setelah agak lama tak update blog aku ni.. ad sikit rindu nk menulis... 


semestar baru sudah tiga minggu bermula, sebagai menandakan kemuncak yang terpaksa di hadapi semestar ini...


para engineer muda semakin meronta-ronta....  mana tidaknya tugasan paling mencabar minda, ketekunan serta keteguhan fizikal bagi seorang engineer iaitu "Design Project"....


tugasan ini menentukan samaada seseorang itu benar-benar layak menjadi engineer atau hanya researcher, semua yg dipelajari sepanjang beberapa tahun pengajian akan digunakan sepenuhnya dalam pembinaan plant ini.... 


tekanan yg terpaksa dihadapi semakin terasa biarpon baru hari pertama diberi tugas tersebut....


tugasan bertajuk "production of Tetradecene monomer", apakah itu??? bolehkah aku siapkan tugasan ini...? bagaimana rakan-rakanku??? argggghhh semakin kuat ku meronta semakin suntuk masa ini ku rasa....


ditambah tugasan individu,"Thesis" yg menuntut pengorbanan masa, tenaga dan air mata.... terkadang diri ini terfikir adakah aku mampu mencabar diriku, menjadi insan cemerlang??? adakah aku mampu..???  hanya ALLAH yg Maha Mengetahui.... 


semoga perjalanan hidupku ini mendapat barakah,& redha YANG MAHA ESa.....AMIN

SIAPAKAH MAK AKU ???

Siapa Mak untuk aku?? Emm ...
Makku is ABAHku .. kerja kuat, kerja2 sawah abah semua mak aku buat...
Mak menggalas tanggungjawab Mak dan abah dlm satu masa setelah pemergian abah kesayanganku... I’m proud of u Mak...

Siapa Mak untukku...?....???
Makku umpama DOKTOR untukku...
Kalau aku sakit...”mak! demam”...
“p ambik ayaq masak, mak do’akan”... hehe berkat do’a Makku kepada MAHA ESA,
rehat sikit dh hilang sakit kepala, hilang pening dan segalanya...
Sayang mak.....

Siapa Mak untukku..???
Mak macam ENGINEER bagiku....
Reban ayam belakang rumah sendirian Mak bina... ayam-ayam semua selasa.... siap tempat bertelur lagi, ad tangga, tempat ayam minum, mandi manda pun ad... kuat dan bijak mak aku...:D
aku ni hanya pembantu yg setia...

Siapa Mak aku??? ..mmmm....
Mak aku CIKGU aku....
Sambil menunjuk jari,  “Ni brapa?”, Tanya mak....
“tak tau”, jawabku semasa budak...
“Ni 2, ni 3, ni 4 dan ni 5”,....jelas makku dengan gembira...
“kalau RM1.50 + RM2.50, berapa?”, Tanya mak lg...
“apalah mak ni orang mana skolah lagi... nnt klao org skolah, bleyh la orang jawab...” , jawabku sedikit kasar...
Manis senyuman mak tidak lekang dari bibir....”RM4.00 la, blaja ngan mak dulu kira duit ni, nanti senang mak nak mintak p kedai ...”, pandai mak aku... xsilap aku mak aku tak sekolah, macam mana dia tau??? ...mmm

Siapa Mak aku??...
Mak aku CHEF terbaik di dunia...
Masakan Mak aku simple je, gulai ikan sepat dengan terung...
Abis satu periuk aku bedal.... hahahaha
Membe2 aku ajak mkn McD, sikit je aku makan, complaintnya itu ini.. sos la kurang, sayur la lebih ... itu la ini la.... isk isk isk...
teringat plak masakan Mak!! Laksa Mak! Mee rebus Mak... tomyam Mak.. lebih-lebih lagi time pagi, cokodoq la, nasik goreng la, macam-macam juadah dia....
penah aku complaint pasal Mak.. “ Mak ni tiap2 ari raya asyik buat nasik himpit je, masak la benda lain”,.... “ ha? Banyak songeh sangat, masak sendiri”,... “masak la mee rebus ka, laksa ka, bihun sup ka, ketupat ka.. baru la sedap...”hehe anak laki dia ni tak pandai masak...:P
last-last mak aku masak jugak nasik himpit, pastu extra ngan laksa... hehe ! Mak aku buat jugak !!! sayang Mak... tak tau kenapa, nasik himpit dia jugak aku lahap... Laksa tu memang habis la...hehe

walaupun dirinya tak secantik Zulaikha...
tidak pula semulia Khadijah...
atau secerdik Aisha’....
Namun kau tetap Makku...


untuk Abahku didunia 'sana', maafkan anakmu kerana nakal di dunia... pesananmu kadang-kala hanya singgah seketika... 
Namun, anakmu ini akan cuba sentiasa mendo’akan kesejahteraanmu, kesihatanmu, ketakwaanmu, keimananmu, luhur budimu, di dunia mahupun akhirat.... amin...


Siapakah ibu bapa untuk kamu??? DOKTOR? ENGINEER? CIKGU? PETANI? PENOREH GETAH?? walau siapa pun mereka!! tak kira dimana mereka berada...hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih dapat menyedup udara, kerana kehilangan mereka tiada galang gantinya...

ALLAH selamatkan kamu.....

kini tiba lagi 30 Mei... Alhamdulillah diri ini bertambah usia setahun lagi.... seperti tahun2 sebelumnya, tahun ini sedikit bermakna... pagi-pagi lagi mendapat panggilan dari bonda tercinta... huhu....
sebelum ini, rumahlah menjadi tempat meraikan kelahiranku ini... hari ini sedikit kecewa tak dapat menyambut bersama keluarga...

semoga ALLAH selamatkan keluargaku, diriku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, serta insan-insan seagama denganku....
kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan, kerahmatan, keredhaan, serta kejayaan... aminn....

Chapter 3 (dua jiwa yang meronta)

Renungan dan pandangan tajamnya melewati jendela, mencari-cari sinaran rembulan yang tidak kunjung tiba. Fikirannya melayang sejauh rumah yang ditinggalkan....
“adakah apa yang aku lakukan ini betul?”,
“patutkah aku menipu diri ini?”,
“menipu keluarga sendiri?”,
“adakah ini apa yang aku inginkan selama ini?”,
“entahlah, aku buntu... jawapan yang aku cari, masalah yang aku jumpa.”, hatinya dibiar melayang jauh memikirkan peristiwa silam....

Tiba-tiba......

“kau! Kau buat apa? ke mari sekejap, ada hal”,seorang senior, Ramli namanya.... dengan pantas menarik rakus tangan kurus Nazim setelah habis berbicara.
Belum sempat Nazim membuka mulutnya, sekali lagi arahan tiba.
“tolong basuh baju dengan seluar sekolah aku ni, esok aku ada kelas”, arah Ramli dengan muka selamba....
“kenapa saya yang kena?, bukan abang punya ke?”pertanyaan tersebut mengundang kemarahan si senior....

“habis tak boleh kau tolong basuh? Ini arahan” sambil menggenggam buku lima dan dengan  sengaja di cubanya ke pintu.... menunjukkan kekuatan.
“baik....!” balasnya dengan sedikit kegelisahan... masakan mahu dilawannya lelaki yang besarnya seperti gorilla tersebut. Tumbukannya pasti bisa menghilangkan selera makan, paling kurang satu dua batang gigi bersihnya melayang.
“bagus, mulai sekarang aku nk kau jadi ‘adik’ aku, faham?”, soal Karim megah, menampakkan dirinya sedikit marah untuk membalas pengalaman yang pernah dilalunya.
Nazim hanya menganguk sahaja kerana masih terasa getar suara karim di telinganya.

***
‘tuk!’,’tuk!’........... “bangun, bangun! Subuh! Subuh! “, kedengaran warden asrama mengejutkan semua insan di dalam asrama. kerana terkejut masing-masing membuka mata. Isinya memandang sesama mereka, masih tercari-cari serta masih hilang dalam mimpi, malah ada yang masih di ulit buaian mimpi si puteri, seketika tersenyum kemudian menjunamkan kembali kepala ke ‘kekasih’ penidur setia.

Nazim yang sudah biasa dengan keadaan tersebut tenang pergi mencuci muka, namun masih terasa penat kerana terpaksa membasuh baju yang bukan miliknya. Dihatinya, biarlah aku menjadi hamba dunia sedang mereka berlagak umpama raja.

Disertai do’a, air mengalir di tadahnya penuh khusyuk, Bismillah..... sahaja aku mengambil wudu’ kerana ALLAH Ta’ala, kemudian di kumurinya, disambungi ke muka, tangan , kepala, telinga dan kaki.....
Sebagai orang pertama sampai ke musalla, Ustaz memintanya melaungkan kalimah suci memanggil saantero muslimin muslimah. Di tekupnya telinga, dengan kalimah ALLAH, di laungnya penuh ikhlas tanpa banyak budi bicara,

ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR........

Laungan jelas dan lenggokan tertibnya meruntunkan hati semua pendengar, menimbulkan getaran, terpana dengan bukti ciptaan Tuhan.
Pendengar yang tiba, mencari-cari tuan empunya suara. Pelbagai persoalan, tanggapan hinggap di hati. Ada yang memuja dan ada yang memuji. Malah tak kurang juga, ada pula yang memerli... “nak menunjuk la tu”,......“boleh jadi calon suami ni”.... Karim yang mendengar, sepertinya tidak percaya. Manusia yang mencuci baju seluarnya, seorang yang tidak boleh dipandang hina, dia tertunduk malu.

Selesai solat subuh pertama mereka yang baru disitu, di imami Ustaz Ismail yang seterusnya melantik Nazim sebagai mua’zin musalla.
“terima kasih ustaz, tapi rasanya ramai lagi insan yang layak....”, ucapannya terhenti apabila Ustaz Ismail kemudian mencelah....
“terimalah, ustaz tau kamu layak.”
“terima kasih ustaz! Saya akan menjalankan tugas sebaiknya.....

***
Di dalam kelas, Nazim duduk keseorangan karena dia masih mahu memerhati rakan yang benar-benar boleh di jadikan teman. Kehadiran Nazim menggamit mata-mata nakal murid-murid perempuan, seperti membisikkan sesuatu....
“aku pasti dialah yang azan subuh tadi”, jelas Syikin dengan pasti tanggapannya itu...
“isk hang ni biaq betui, tak hensem pon”, Fatimah menyampuk perbualan....
“awat hang ni, tak baik kata kat orang lagu tu, hang tu lawa sangat ka Mah?”, sambil meniru loghat utara, Syikin mentelah kata-kata Fatimah.
“nak kata lawa tu dak la, manis ada.....”, semua pelajar disitu ketawa bersama....

Tanpa diduga, dalam hilaian tawa tersebut ada mata yang sempat menjeling ke arah Nazim... di dalam hatinya teringin mengetahui sedikit sebanyak tentang lelaki pendiam yang termenung tersebut.
Melihat gelagat pelajar-pelajar perempuan itu, Nazim tersenyum sambil memandang ke arah mata yang menjeling. Pelajar perempuan itu mengalihkan pandangan dengan perasaan malu bersilih ganti keliru.
“assalamualaikum....”, teguran tersebut mematikan senyuman Nazim
“Wa’alaikumsalam, saya Nazim...”balasnya...
“saya Alif, jiran sebelah awak”, sambil menunjuk di meja kiri Nazim...
“sedap suara awak azan subuh tadi?”, sambungnya.
“terima kasih, anugerah ALLAH”, Nazim membalas merendah diri, tidak mahu dipanjangkannya perbualan kerana takut dianggap riak..

Nazim memang seorang yang memilih bulu dalam berkawan kerana pesan ibunya, biarlah orang menganggap kita sombong asal jangan diri jadi seperti kacang lupakan kulit, apabila kawan mempengaruhi fikiran lupa asal-usul, hilang keluarga. Pesan ibunya dikunci ketat dalam kotak ingatannya.

***

Di sebuah sekolah berhampiran, Aurora bersungguh-sungguh mencari rakan. Berbekalkan rupa dan kepetahannya bertutur kata, mudah sahaja pelajar-pelajar yang dikehendaki dipengaruhi serta dijadikan orang bawahannya. Disamping pelajar-pelajar lama yang telah bersamanya, mereka bersama-sama menuju kesesatan. Air mata penyesalan langsung tidak kelihatan di wajahnya, tambahan pula mereka semua sekepala. kalau dulu, ponteng, merokok, kadang kala bergaduh adalah perkara yang biasa terjadi dalam kamus persekolahan... kini apakah pula rencana mereka.??

“Aurora,tak best la lepak sini, jom la keluar”, ajak KT yang pada asal namanya Khatijah.
“Kita nak peghi mana?”, jawabnya dalam bahasa Melayu yang seperti mat salleh bunyinya....
“Mana-mana jelah, sini dah la sunyi, tak da apa-apa plak tu”, sambung KT mengenai sekolah yang telah lama sunyi kerana semua muridnya telah masuk ke kelas.
“kita gi lepak tasik je la, tak pun lepak kat mall je?”, cadangan Rini yang sedari tadi memikir jalan. ..
“ok jugak tu, alang-alang ponteng baik lepak jauh-jauh” balas Aurora mempersetujui cadangan Rini.
“jom tukar baju dulu, nanti kantoi pulak”, giliran KT mencelah....
Selesai sudah upacara, kini giliran mencari lubang untuk melepaskan diri... pagar dawai yang sedia dilubangkan menjadi tempat pelajar melepaskan diri. Pergilah mereka berempat bersama rakan baru, Alisya dengan senang hatinya…

Sampai ke tasik, mereka bersenda gurau. Sedang mata diperhatikan beberapa pemuda yang entah apalah pekerjaan mereka. Kemudian…. ‘phewitttt’! lagak seorang pemuda tanpa ada rasa malunya….
“Buat tak tau aje”, kata KT …
“Jual mahal sikit”, jawab Rini selamba…
“dia dtg la...!”, kata Alisya
“hai ! saya Dollah... orang panggil Pak Lah, ensem macam timbalan menteri tak... ”, ketawa si pemuda lepas mengenalkan dirinya sambil menayang gigi yang tah bila kali terakhir di gosoknya....

“ada sesiapa tanya?”, balas Aurora....
“amboi ! garangnya cik adik manis ni...muka lawa, tapi sombong pula.”, sambung si pemuda memerli si jelita....
“abis! Ada masalah ?”, balas Rini dgn garangnya...
“tak ada, cuma sayang la..hehe”, si pemuda memblas dengan beraninya,,,...
“kau ni tak ada kerja?”, sampuk Alisya...
“nak buat apa kerja, mak bapak kaya....”,
“yela kaya, moto cabuk je”,
“wayang je tu, tengok wallet la...”, sambil menayang wang yg berkepok di walletnya...
Dengan teruja, mereka berempat terperanjat... mana tidaknya, wangnya hampir RM400.00 terselit begitu sahaja...diajak si lelaki bergembira, makan2 dan nyanyi2 bersama... akhirnya pergilah mereka lalai dengan alunan dan buaian dunia...

Muhammad Islam....

suatu hari di KLCC

abg aku ni ajak gi amik moto je sbenanya....
aku la gatal ajak dia ...


kringggg... kringggg
Futura Engins : Hello, Assalamu'alaikum...
Abg Z : wa'alaikumsalam,,,,....Hang Free dak sok?
Futura Engins: Knp, ada nak gi ambik gamba kt mana2 ka?
Abg Z : Aku nak p ambik moto kt Jalan Duta.... Hang nak p ambik gamba kt mana?
Futura Engins : Jalan2 la kt mana, ad situasi best, snap jela...boring ni..
Abg Z : tgk la sok, kita p KLCC...ok?
Futura Engins : Orait, tarbaekkk....


so ni lah hasilnya....







xbnyk yg aku dpt ambik ... sbb kdg2 aku pkai bro akunya DSLR tu.
pas snap few pict. kt sana, kami gi plak jalan2 masjid jamek, sogo pastu naik cab terus gi Hentian Duta.. balik makan nasi, pastu dua2 dgn haluan berbeza... 
apa2 pun, sangat2 trima kasih to my brother-in-law koz bwk jln2 n blanja mkn.... may ALLAH bless u