Semalam, diri ini ditanya masihkah aku berharap pada si dia??? hehe soalan yg aku amat pasti jawapanya...TIDAKKKKK !!!! masakan diri ini mahu merampas sesuatu yg milikan orang atau memuja seseorang yang bukan diciptakan untuk kita ... buat masa ini diriku hanya mampu berdo'a untuk kebahagiaannya !! maka soalan seterusnya menyusul pula
"Andai ada insan yg ingin berteman denganmu, adakah kau sudi???"
hehe .... diri ini insan biasa, mengimbau kembali kisah lama... hamba pasti sayang, kasih, dan cinta bukan barang dagangan mahupun barang mainan, hati itu milik kita. diciptakan ALLAH untuk digunakan pada tempat sebenarnya....
untuk soalan itu biarlah hati ini berbicara....
wahai insan yg bertanya, walau siapa pun dirimu maafkan lah aku... bukan maksudku untuk melukai hatimu, tapi aku perlu menjaga hatiku dan hatimu.
sesungguhnya dalam diri seorang manusia ada seketul daging, bila mana daging itu elok + baik maka eloklah manusia itu, andainya daging itu buruk + busuk maka rosaklah manusia itu ketahuilah itulah HATI .. Hati ini berulang kali disakiti malah paling teruk oleh diriku sendiri dan xkurang juga menyakiti hati orang lain ...Dengan itu, diri ini ingin memulihkan apa yg telah rosak, memeliharanya, meletakkannya di atas tempat sewajarnya. kepada insan itu maafkanlah diri ini..
hati ini bagai serik dalam berkasih sesama insan, sentiasa ad yang sakit ada pula yang menyakiti.. bukan ku memilih untuk bersendiri tetapi diri ini mahu mencari jati diri, mencari keredhaan ILAHI, kerana perkongsian hidup berdua adalah untuk saling melengkapi.. lucunya diri hamba ini tidak punya apa2, malah kekurangan pula... tetapi masih ada wanita yg ska.. hahaha Alhamdulillah !!!
ALLAH maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui... berusahalah supaya dirimu berada bersama-sama orang yang soleh, berdo'alah Young Engineer, agar suatu hari jodohmu, jodoh rakan2mu adalah dari kalangan yang soleh...
makbulkan lah do'aku ini Ya RAHMAN... amin !!!
No comments:
Post a Comment